Monday, October 29, 2007

Cerita Kanak-kanak yang telah di rejek kerana masalah IMBUHAN

Senang bagi ku untuk mengakhiri hayat ku pada tatkala ini. akal fikiran ku yang rasional entah kemana menghilang, bagaikan tiada ada hari esok untuk ku lagi.

Rasa sakit hatiku masih ku terasa, bagaikan luka dihiris seribu kali. tubuh ku terasa kedinginan walau aku terasa peluh dari dahi ku terjatuh ke tangan ku yang tergetar-getar. aku duduk seketika disudut bilik ku, yang kelihatan jauh dari dunia luar. bayangan mu berkali-kali bermain di fikiran ku. senyuman manis mu, sentuhan mu dan pandangan mata mu....namun bukan kepada ku...senyuman yang dahulu kau ikhlas kan kepada ku, sentuhan yang kau kata hanya untuk ku...tidak...tidak ku lagi terdaya membayang kan semuanya itu tatkala kau dengan orang lain. ku peluk kaki dan tubuh ku, seakan melindungi ku dari bahaya dunia luar. namun, sudah terlambat...hirisan hatiku masih pedih.

pergi ambil pisau, hiris di pergelangan tanganku...mungkin akan meredakan kesakitan hatiku...TIDAK...mungkin telan beberapa pil ubat akan membuat kesakitan ku jauh menghilang
...semua kata-kata fikiran ku yang tidak ku sangka akan ku terfikir. berulang-ulang kali ia berkata memenuh kan akan fikiran ku, melemas kan akal fikiran ku. namun, terdengar satu suara yang jauh dalam fikiran ku yang berkata, JANGAN! ingat kan tuhan...kemana perginya iman ku!!! fikiran ku membelah kepala ku, sakitnya tidak ku tahan.

tidak kah kau tahu, tatkala ini...engkaulah satu-satunya yang ku sayang akan menyelamat kan aku, namun semua ini berpunca dengan kau. apa salah ku hingga kau sanggup membuat demikian kepada ku!! ku cuba mencari jawapan, namun semua kata-kata yang bernaung didalam kepala ku membuat ku lemas, tidak terdaya ku berfikir waras. aku mesti mencari jalan untuk menghentikan naungan itu...Henti! Henti! HENTI!!!

naungan masih melemas kan ku, bayangan botol-botol pil bermain d fikiran ku. ada kah itu satu-satu caranya? ku berdiri dan menuju ke dalam tandas dan mengambil ubat pil dalam kabinet dalam bilik mandi. aku muncul depan ku sebaik ku tutup kabinet ubat. apa yang ku nampak? aku....aku....aku.....

0 comments: